FEBRUARY 2002

Welcome!


 
FEB 26, 2002:
 
I'm catching cold!  I'm coughing!  Stuffy nose!  Body ache, headache,...
I'M SICK!!!
 
 

FEB 23, 2002
 
Kelmarin.... hari raya ke dua.... Aku dengan semangat raya yang tak berapa semangat berusaha juga untuk menghidupkan suasana raya, dengan membuat lemang.  Lepas bake lemang dlm oven, aku buat rendang ayam... Lepas tu aku buat lepat pisang.  Lepat pisang ni aku buat hanya untuk menghabiskan pisang yang dah jemu tinggal di dalam peti ais aku tu...(bukanlah untuk juadah hari raya).  Lepas tu kami sama2 empat beranak menjamu selera... Kami jadi tetamu sendiri yang berkunjung ke rumah...  Faris dan Amanda jadi budak2 yang datang ke rumah pagi2 raya...  Tapi budak2 yang dtg ke rumah aku ni tak minta duit raya (mereka mungkin dah lupa bentuk duit raya tu macam mana), mereka cuma minta makan sajer... tak kiralah, makanan raya ke tak raya ker... asalkan mereka boleh kenyang. 
 
Lepas sembahyang Maghrib, kami sekeluarga ke jamuan eid.  Macam tahun lepas jugak... aku jumpa orang yang sama, makanan yang sama, acara yang hampir sama, cuma tempat sahaja yang berbeza...  Dan yang agak berbeza kali ini, perjumpaan kali ini turut di sertai beberapa American yang berpakaian seragam...  Mereka hanya memerhati di luar sambil bersembang2 sesama sendiri...  Walaupun mereka hanya polis university, tetapi mereka lengkap dengan senjata... manalah tahu, entah-entah salah seorang atau dua orang, atau tiga orang di antara kami ini, adalah 'pengganas' yang mungkin akan mencetuskan suasana tegang...  Tambahan pulak, perempuan-perempuan yang hadis ke majlis ini 90% bertudung... 
Kasihan.... ternyata mereka takut pada bayang-bayang mereka sendiri...
 
RESEPI LEMANG PERANTAUAN
Beras pulut
Santan
Garam dan gula
 
Aluminum foil (utk menggantikan buluh)
Daun pisang (di layur dulu)
 
Cara-cara:
Tanak pulut dengan santan seperti memasak nasi (tapi beras pulut memerlukan sedikit cecair(santan/air) berbanding beras biasa.  Masukkan garam dan gula secukup rasa (agak-agak sendiri ler.  Gula tu cuma nak memaniskan/melemakkan santan segera sajer).
 
Bila pulut dah masak, balut/gulung pulut tadi (yg masih panas-panas) biar betul2 padat dengan aluminum foil yang di alas dengan daun pisang.  Kalu tak balut padat2, nanti lemang yang terhasil tidak begitu liat.  Lepas itu di bakar dalam oven 350 F selama 1/2 jam.
 
**Resepi ni khas untuk sesiapa yang duduk di perantaun. 

FEB 22, 2002

Kelmarin ari raya..
Kelmarin jugak ler aku gelabut (ada makna ke utk perkataan ni?)  
Kelmarin jugak aku bad mood...
Kelmarin jugak Amanda kena brain wash...
Kelmarin jugak aku gelabah....
 
 
Macam2 berlaku kelmarin.... tapi kelmarin jugak lah sumer itu berakhir dgn happy ending...
 
Kenapa aku gelabut? 
Macam biasa, setiap hari Jumaat aku gelabut, aku semput, aku kecut... tambah2 lagi kelmarin, program aku tak jadi seperti yg sepatutnya,
Aku sudah habis ikhtiar... dah trace setiap sudut dan pelusuk... namum 'the root cause' aku tak jumpa...
Aku jadi fed up, cuak, mual dan macam-macam... Aku sudah puas bergelumang dengan huruf-huruf dan angka-angka dalam 'Visual Basic' tu...
Tapi mujurlah dengan kecerdikan aku memutar belit result yang aku dapat, advisor aku ter'convince' dengan apa yang aku 'present'.  Cuma aku perlu cari 'root cause' yang buat simulation aku menyimpang ke arah lain...
Hanya sebutir koma atau nokhtar boleh buat program aku meluncur ke dimensi lain... Itu yang susah... Itu yang payah... Itu yang buat aku goyah...
 
Kenapa aku bad mood?
Jawapannya mudah, sebab:
  • Kelmarin hari Jumaat (meeting dgn advisor)
  • Kelmarin program aku $%$#^&#$%*#%% (ni bukan kata2 kesat, tapi menunjukkan program aku tak jadi)
  • Kelmarin aku jaga terkejut, terlewat nak pergi sembahyang (tapi dengan power magic aku kami sempat pergi sembahyang raya)
  • Kelmarin aku tidur dalam marah, kecewa, kesal, geram dan macam-macam sampai aku mimpi benda2 ngeri.
  • Kelmarin Amanda buat hal (menangis di dewan sembahyang sebab Faris tak nak kawan dgn dia) 

Kenapa Amanda kena 'brain wash'?

Sebab dia menangis tanpa 'reason' yang munasabah...  Reason = Tak der kawan...  Sebab apa dia tak der kawan?  Sebab dia tak pandai berkawan...  Itu aku tak marah lagi... tapi selepas dia buat muka masam dan tak nak tegur kawan-kawan aku yg kami jumpa di Dewan Sembahyang...  Tak nak salam dgn orang, itu yang buat aku marah... Paling aku marah bila dia salam sambil muka masam dan tak toleh muka org... Pantang betul aku!

Tapi syukurlah ... pencuci handalan yang aku gunakan utk brain wash Amanda amat berkesan menghapuskan kekotoran.  Petang tu bila aku bawak dia singgah ke lab aku, dia begitu ramah sekali dgn kawan2 aku... Tegur mereka tanpa di suruh... Alhamdulillah... Apparently, she learned something yesterday.

Kenapa aku gelabah?

Dlm aku dok sibuk print apa yg patut utk presentatin dgn advisor aku, aku terima email dari travel agency... They sent me a fedex email saying that the package (contains my tickets) has been delivered and received by B.Wild at 11:45 am.  Sapa yg received?  Aku dan abang keluar dari rumah sejak pukul 8:30 pagi tadi??? Bukan aku jer gelabah, agency tu pun turut gelabah bila aku beritahu, tak der sesiapa dekat rumah aku. 

Lepas meeting aku cepat2 keluar, dan balik ke rumah.   Dari jauh aku nampak tombol pintu rumah aku ada sesuatu yg tergantung... Message dari fedex beritahu package aku was left at apt# 136.  Aku pun cepat2 bergegas ke rumah sebelah.  Pintu di ketuk, dan muncul perempuan Inggeris yang aku tidak berapa kenal.  Tanpa aku sempat berkata2 dia terus menyerahkan package tu.  Thanks a lot!   Itu saja yang aku sempat kata, lepas tu aku cepat2 balik.  Tak sabar nak tengok tiket tu, walaupun aku tak boleh guna lagi.. sebab tarikh dia May 27 dari Pittsburgh.   

Ahhhh... lega...... Alhamdulillah... terima kasih Allah...

Malam ni ada Eid party (jamuan makan), insyaAllah kami akan pergi... bukan apa, utk anak2 jugak... biarler mereka gembira dan merasa raya sikit... Kat sini mana ada dapat duit raya macam kat mesia... kesian depa, tak merasa 'nikmat' dapat duit raya... Paling nikmat masa kira duit raya tu ler... Ish.... bestnyer zaman kanak2 dulu...

** Max,  Kak Weng tak balik for good... kak weng balik bercuti summer jer... Aug 15 datang sini pulak utk start phd.

Feb 22, 2002:
 
selamat hari raya eidul adha
 
Banyak betul benda yg aku nak tulis ari nih... maklumlah.. lama dah tak tulis... bukan apa ... aku menulis bukan kerana tak der kerja... belambak-lambak... (ompompuan nih, kalu tak kerja pun kerja belambak, tambah ler aku yg study nih..)  Ha, meh aku senarai one by one:
  1. Aku terkezut tengok format baru masa aku nak update tripod tadi.. tu lah menunjukkan berapa lama dah aku tak update... (ini bukan kehendak aku, kehendak tugas2 aku yg sentiasa memerlukan belaian).  Nice! Good job to whom it may concern. 
  2. Aku nak ucap tahniah utk: Ame (sebab nak dpt kad hijau) and Siti Musafir (sebab success dgn proposalnya).
  3. Aku nak ucap selamat bercuti kepada rizal and inaz yg nak balik mesia sikit hari lagi....(Dah ler tuuuu... tak yah shopping bebanyak.... kena tax lak karang!).
  4. Aku nak doakan kesihatan ayah p-nut supaya semakin pulih.. (Sabar lah p-nut.... byk2 berdoa..).
  5. Aku nak doakan semoga hati milah lembut dan dptlah Dr.Maz bertukar ke mana tempat yang dia suka...
  6. Aku nak suruh Hart rajin2 makan ubat... dan jgn selalu2 kiss anak2 buat sementara waktu... nanti depa pun berjangkit selsema sama..
  7. Aku nak ucap tahniah dekat K_ Z_____, M______, Nur Hureen Amanda and Mohammad Faris Izzat sebab dah dpt tiket utk balik mesia...
  8. Last sekali aku nak ucapkan Good Luck utk abang... for yr research defence...
 
 
 

Feb 14,

The Power of Love:

Tujuan aku nak tulis citer ni ari ni bukan lah sebab ari ni hari valentine.. tidak sama sekali... aku tak nak meraikan ari valentine ini yg sejarahnya ada kena mengena dgn agama christian... tapi aku terfikir citer ni, sebab ari ni sumer org bercakap tentang LOVE...
Citernya gini (citer ni has been published dlm woman magazine kalu tak silap aku), ada satu family ni (dekat us ler... tapi tak ingat kat mana)... baru sajer menyambut kelahiran bayi kedua mereka.. anak sulung mereka dah besar... umurnya lebih kurang 4-5 tahun ler..

Abg baby ni excited sgt tunggu adiknya lahir.. tapi sayang adik dia lahir tak cukup bulan... bukan setakat tu saja... kalu tak silap aku baby ni dah tenat ler... tak dpt nak survive...

Di sebabkan baby ni duduk dlm icu, so abg dia tak boleh ler nak melawat adiknya... tapi di saat2 akhir, selepas doktor pun dah kata tak der harapan utk baby ni idup lagi, abg dia teringin sgt nak jumpa adik dia sebelum adik dia mati...dia kata dia nak nyanyi satu lagu utk adik dia..

Jadi mummy dia ni pun kesian ler dekat anak sulung dia ni, so dia pun seludup ler anak dia ni masuk dlm icu tu utk jumpa his baby sister... Dia sayang sgt dekat adik dia... sebab dia tunggu lama utk dpt seorg adik (macam aku dulu ler... aku sayang sgt dekat adik aku). Sampai saja dekat adik dia, dia pun nyanyi....

You are my sunshine
My only sunshine
You make me happy
When skies are grey
You'll never know dear
How much I love you
Please don't take my sunshine away.

Originally lagu ni panjang lagi.. tapi dia nyanyi chorus jer lah..
Dua tiga kali dia ulang... tiba2 baby yg dah tak dpt bergerak tu, perlahan2 bergerak... apa lagi mummy dia seronok ler... dan dia suruh anak lelaki dia nyanyi lagi.. dan lagi...
Di pendekkan citer... baby tu pun dpt diselamatkan... dgn nyanyian lagu abg dia tadi..(atas izin dan kehendak Allah SWT.)

Moral dari citer ni... betapa ikatan kasih sayang tu penting dlm kehidupan kita...

Aku???? Ohhhhh... aku sayang abang, aku sayang Amanda, aku sayang Faris, aku sayang mak, aku sayang ayah, aku sayang adik...

Renungan:

Kasihkan manusia, kita mungkin dikecewakan...
Kasihkan yang Esa, pasti ada balasan...

Feb 7, 2002:

Sumer org nak balik kampung.... sumer org teringat kampung halaman... p-nut nak balik sp... rizal nak balik mesia......apatah lagi aku yg dah 1.5 yrs tak balik kg. Dulu masa aku sekolah di KPP (kolej pengajian persediaan) kat shah alam... paling lama aku tak balik kg, sebulan... kalu lebih dr sebulan tak balik, mulalah aku gelisah... mulalah aku pening... mulalah aku tak reti nak buat h/work.. dan macam2 lagi... Maklumlah... aku ni anak sulong, dua beradik lak tu.. adik lebih muda dr aku almost 9 yrs.... so lama gak ler aku jadi anak tunggal..
Walaupun aku tak duduk dgn mak and ayah dr. aku form i (sebab duduk sekolah asrama), everyweek mesti mak ayah dtg visit aku kat asrama... every month aku balik rumah..
Anak2 aku yg ingat2 lupa dekat mesia tu pun pandai nak balik mesia... Amanda maybe still ingat2 lupa... tapi Faris rasanya dia dah tak ingat..... Ari tu aku ada citer pasal nyamuk... Amanda tanya aku what is nyamuk... aku kata mosquito, dia tanya lagi, what is moquito..
Laa..... dah lupa agaknya dia... di sini mana ada nyamuk.. ada bugs pun dah riuh sekampung... huh... nanti tahulah dia betapa sukarnya hidup digigit nyamuk...
Walaupun tiket ku belum di beli lagi... jadual aku kat mesia dah pack giler... sumer org aku nak jumpa.. ada kenduri lah.. reunion dgn exmrsm lah... nak balik rumah mertua lagi lah...... Masa ni lah pentingnya mertua sebelah rumah... Itu belum tolak time nak adapt dgn jet lag lagi tuh... paling koman seminggu...

Mak and ayah... don't worry, we'll be with ya shortly.... 3.5 bulan lagi.. tak lama tuuuu.... Semoga Allah pertemukan kita...Ameen

sedapnyerrrrrr.... susu ni... 

Feb 6, 2002:

Ni ler gambar Faris tengah minum susu... walaupun dia sentiasa macho (sebab dia selalu mengaku dia abang), tapi bab2 minum susu ni, dia terpaksa mengaku jadi 'abang baby'. Tak sampai hati lak, nak suruh dia stop minum susu dlm botol sebab takut dia tak nak susu langsung nanti.. Satu tabiat dia sambil minum susu ialah pegang/main kening dia... marah betul dia kalu tangannya dipegang (kami selalu usik dia, tak nak dia pegang kening sambil minum susu). Yang hairannya, tak lenguh pulak tu... dok belek kening tu sampai habis sebotol susu!
Kalu Amanda kecik2 dulu, dia suka main rambut.... dia pusing and pusing rambut dgn jari sampai kadang kadang rambut tu kusut di jari dia... hah, apa lagi menangis ler suruh aku leraikan balik..
Kelakar betul anak2 nih.... tapi mereka dah semakin besar sekarang.... I will miss all of these.... kalu boleh aku tak nak depa besar lagi sehingga aku ada baby baru... I miss a baby!

Feb 4th, 2002:

Hari ni aku mulakan activity mengrekodkan sumer cartoon2 favorite anak2 aku, termasuk channel favorite aku ie. travel channel and food network. Sorry bang, CNN tak leh nak rekod unless you wanna see the news over and over again...
Next month aku nak terminate cable yg aku dok subscribe every month tu... sekarang depa dah naikkan harga... campur tax gedubuk gedebak... aku bayar total USD43++ sebulan. Nanti bila ada sale aku nak beli dish. Subscription utk dish tak mahal sgt... cuma USD20++ sebulan... Dah nak dekat 3/4 tahun aku dok bayar kat Adelphia (company cable tu) sebulan USD43++... patutler depa kaya... aku yg kayap!

Habis citer cable... aku nak citer makanan lak.... ari ni aku masak nasi beryani beras basmati and lamb. Bukan main lagi aku tengok abang menghadap favorite food dia tuh! Seperti biasa... ketika sedang makan, tak lepas pujian demi pujian dilemparkan dekat isterinya yg tersayang ni..... tak kisah lah betul2 sedap ke tak, sedikit sebanyak hilang letih aku berdiri memasak tadi.... My only customer tu, selang dua tiga ari mesti order nasi minyak and rakan2 yg sespecies dgnnyer... aku tak ler suka sgt makan nasi2 cam tu tapi dah boss order, kena ler masak... Faris pun sama, suka sgt nasi2 cam tu... tapi yg pelik nyer mereka dua beranak ni tak lak put on weight. Aku yg dok memasak ni pulak yg put on weight! May be kami kena tukar shift. Aku order, abang masak... dgn cara ni, maybe aku akan loss weight and abg will gain weight... Amanda lak dia suka makan nasi dgn ikan jer.. tak kisah ler ikan masak apa, janji ikan.... Ikan lak, mahal ler skit kat sini... (tapi may be tak semahal kat uk ler). Keropok dan laksa tu toksah citer la... suka sgt dia... Memang Amanda ni betul2 anak terengganu (Masa aku pregnant to her, kitorang duduk terengganu hingga umur dia 6 mth baru aku balik kerja kat kedah. Dulu aku kerja offshore-Esso Kerteh).

Cakap pasal makanan ni, tadi aku ada baca buku diet... written by Dr.Alkin. Dia kata makanan yg boleh menjadikan kita gemuk ialah carbohydrate (compared to fat!). Sebab fat yg kita makan senang nak di gunakan oleh badan, tapi carbohydrate perlu ditukarkan kepada fat then baru boleh guna utk energy... so dia suggest kita kurangkan makanan yg bercarbohydrate tinggi. Aku, bab2 nak control makanan ni yang aku tak boleh nih.... yg aku tak sepatutnya makan tu yg aku rasa nak makan...

People shouting at the world over megaphones; Size=240 pixels wide