FALL 2003
Jan 3rd. 2004. Happy Birthday to me...
The best birthday present I've ever had.... +ve hpt.
Dec 17, 2003... Sibuk dlm damai...
Hi.. he.. kelakar jer bunyinyer.. sibuk dlm damai.. tapi itulah yg aku rasa... sibuk sebab memang
sibuk... macam2 nak buat.. nanti lah citer panjang lebar. Damai sebab dah keluar dari pressurize vessel -
exam.
Sibuk:
- Personal: Aku 'pindah' rumah... baru beli 'used' sofa. Pastu, apalagi.. kena ler rearrange
everything.. sofa lama lak tak boleh buang semena2.. so dok ada ler dlm rumah tunggu abg confirm dgn landlord nak buang ker..
nak 'destroy' ker.. tapi tadi dah diberitahu boleh buang jer kat dumster tapi kena tunggu cuaca elok so that maintenance
yg bertugas boleh 'rearrange' kat dumster supaya dia tak look messy. Itu citer ruang tamu.
Bedroom pun bertukar jugak. Dulu bunkbed anak2 ada dlm masterbedroom. Dan bilik satu lagi dijadikan bilik computer/study
room. Sekarang bilik tu dibuat bilik anak2. Bayangkanlah kena bukak balik screw bunkbed tu dan pindahkan ke bilik
lain... pas tu brg2 dlm bilik computer tu berpindah ke masterbedroom. Pendek kata, kalu contractor dia akan charged
sama dgn cost perpindahan! Dgr citer, pak arab yg kami beli sofa dia tu nak kasi bedroom set dia pulak weekend nih!
Oooo.. teruk ler .. nampaknya lebih baik kami berpindah ke rumah dia lagi bagus.. memang dia duduk di housing area yg sama..
cuma yg susah nya nak buat paperwork, sebab lease tamat next yr.. payah ler sikit ... tak per biar pak arab dan pak melayu
tu bina badan sikit angkat berat2 nih...
- Business: Seperti yg dinyatakan dulu, aku akan ke florida lagi. Conference 8 hari!
It's called *Summer *School In *Winter. The first day tu kena buat poster presentation... so sekarang ni tengah
dok menyibukkan diri buat apa2 yg patut. Sambil menyelam minum air.. sambil berconference pergi vacation.
Kami bertolak awal sedikit utk pergi orlando. Tiket ker *universal studio dan *seaworld dah beli online. Hotel
pun dah booking. Cuma yg tinggal tiket *magic kingdom. Dpt good deal. 2 day pass for the price of
one for both US and SW. *Disney lak tak der jual one day pass online so maybe kena beli dekat gate. As a summary,
8 days conference, 5 days vacation. Jarak conference dgn tempat percutian tu kira2 2.5 hrs. So tak leh ler
nak betul2 nak minum air tengah2 menyelam.. kena buat after one another... Kalu cam ni boleh sublet rumah for 0.5
mth.... he..he..
But wait!!! Ada lagi kerja2 perpindahan.. ini kat lab sendiri... this friday kena tolong pindah2
barang kat lab. Lab yg direnovate dah siap.. jadi kena pindah balik ler.. sekarang duduk di lab sementara.
Dec 11, 2003. Alhamdulillah.. selesai...
Syukur, selesai sudah semester Fall2003. Siap 2 hr exam yg diextend jadi 2hr 15 min. Ada jugak yg siap 1.5
hr. Either dia buat sumer betul or, dia hantar kertar 'kosong' yg bertulis...
Letih.. rasa lapar tak terhingga... appetite pagi tadi sumer jatuh ke kertas exam.. cuma minum teh.. itupun hirup semasa
dok memikir jawapan dlm exam... Keluar dari bilik exam .. masuk office aku.. tak sampai seminit.. abg dtg tanya kabar...
jawapan biasa.. mesti ada yg tak dpt jawap... esp opened book session. Close book pun ada gak yg tak sure...
Lepas tu pegi cari makanan di cafe.. mujur ada favorite aku.. vegetable lasagna so tak payah ler aku dok terpacak depan
makcik cafe tu tunggu aku sebut nak order apa... lega..kenyang..
Then, pill tension headache yg memang ada spare dlm backpack aku tu, 2 bijik masuk perut aku. Bukan apa, alarm
tanda2 sakit kepala nak menyerang sudah dikesan.. so tak mau spoil my free evening with my family tonite... biar aku
sihat dan segar kat rumah nanti.
Mulanya cadang nak ke rumah isna. Tapi malas ler pulak.. tired.. sakit badan dan belakang. Cam ni ler aku,
bacteria dan virus yg dtg menyerang aku ikut laluan special.. exam/presentation/rakan2 seumpanaya.
Syukur ... insyaAllah problem nak ke Florida tu, akan selesai. Kami nak pergi sefamily. We're going to drive
to Orlando.. a few days earlier.. bawak anak2 pergi disneyland.. pas tu pergi ke tempat conference aku.. pandai2 ler abg melayan/dilayan
anak2 selama 7 hari aku ke conference. Siang jer.. malam aku ada.
Jadi kami terpaksa cancel trip ke *muktamar di *atlanta pada dec 24-28. InsyaAllah tahun depan ada rezeki dan sihat
tubuh badan boleh join *muktamar.
Sebenarnya susah nak buat keputusan bila terpaksa cancel trip yg telah di'janji'kan. Janji yg bermaksud jika tidak
ada aral melintang. Tapi macam sekarang ni ada aral yg melintang. Serba salah dibuatnya.. Semoga sahabat
ni faham keadaan dan situasi. Sekiranya tidak 'terpaksa' pergi ke conference, insyaAllah 'janji' pasti ditunaikan.
Tidak mampu physical dan financial utk memilih kedua2nya...
Minggu ni rasanya nak ajak kawan india muslim sefamily ke rumah utk dinner sesama.. tapi tak invite depa lagi.. malam
ni ler .. cuba call..
Dec 9, 2003. Conference lagi...
InsyaAllah akan pegi conference lagi.. di Florida jugak... tapi kali ni lebih lama.. 7 days! Macam mana nak buat
nih? Nanti yg ditinggal demam lagi... nanti yg pergi menangis lagi... need to work out so that everybody is going!
DEC 1, 2003 Syukur alhamdulillah..
Berkat doa, restu ibu bapa, segala usaha membuah kejayaan.
Nov 27, 2003 Selamat Hari Raya Aidilfitri.... EID MUBARAK
Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.
Nov 13, 2003 Hari ini dalam sejarah... Bersamaan Aug 14-15
Untukmu aku berkorban supaya mendapat keredhaanNya...
Untukmu jua ku iring doa semoga tercapai apa yang dicita.
Aku sayang padamu.
Nov 7, 2003 Allah sedang menguji kami...
Aku sudah pulang dari Miami. Bengkel yang pada setengah orang mungkin dapat memberi 'refreshment'
apabila mereka pulang dan meneruskan 'kerja' masing, tapi sebaliknya bagi aku. Aku rasa betul2 penat. Penat tak
cukup tidur, penat stranded kat Charlotte airport sebab air traffice problem menyebabkan aku tertinggal connecting flight
to Pittsburgh dan seterusnya ke Morgantown.
Yang lebih penat, aku di sambut dengan beberapa kerja tertangguh dan Amanda pula demam.
Dia demam sebaik saja hari pertama aku meninggalkan mereka. Sebagai seorang ibu, aku mahu di sisi anak ketika mereka
sakit sebab aku tahu setiap anak lebih memerlukan ibu mereka terutama ketika sakit. Tapi, syukurlah, abang menjalankan
tugasnya sebagai ibu/ayah semasa ketiadaan aku begitu baik sekali. Amanda diberi ubat seperti yang aku selalu lakukan.
Amanda juga dijelum (= membasahkan kepala dengan cecair: agaknya ini istilah org kedah) dengan air asam, seperti yang aku
selalu lakukan bila suhu badan anak2 melebihi 102 F.
Minggu2 lepas cukup mencabar bagi aku. Minggu pertama Amanda kena poison ivy, lebih kurang
seminggu. The next following week, Faris demam panas hampir seminggu. A week after that, Amanda demam pulak.
Dan seperti biasa kami terpaksa bergilir menjaga amanda, supaya tidak ketinggalan kelas. Yang paling sedih, hari
ketiga aku di rumah, selepas pulang dari kelas (bergilir dgn abg) kerana menjaga Amanda, dia bersuara...
"Mommy, I think I can go to school today" Aku sedih sungguh, semasa tu badan dia panas
sangat. Tapi dia nak ke sekolah sebab dia lihat aku dan abang seperti lipas kudung terkejar ke sana ke mari. Hari
sebelumnya aku bawak Amanda ke kelas aku, sebab Abang ada meeting. Dalam keadaan badan masih panas, dia akur saja.
Habis 5 helai kertas lukis dalam masa 1jam 15 min. Lukis cartoon kegemaraan dia. Aku sungguh sedih. Mungkin
dia ingat, ini adalah kehidupan yang normal. Dia tak tahu, aku bila demam dulu, tempat aku di rumah, sebab ibu aku tak
kerja.
Kelmarin suhu badan dia sudah menurun jadi aku hantar dia ke sekolah Bila petang dia pulang,
tangan sejuk.. badan panas.. Ya Allah.. anak aku demam lagi. Aku tak tahu berapa lama dia dah demam dan menahan sejuk
di dalam kelas. Hari ni aku pesan, kalau kakak rasa sejuk dan rasa macam demam, let your teacher know and ask her
to call me. I'll pick you up.
Pada suatu malam di antara malam2 itu, kesekian kalinya aku menangis sambil ketawa yang aku sendiri
tak tahu apakah sebab utamanya.
Aku harap cerita2 sedih aku dan abang berakhir dengan sebuah kejayaan. Kejayaan yang
kami kongsi bersama. Dan aku begitu yakin, Allah bersama orang2 yg berusaha dan sabar. Ya Allah permudahkanlah
segala urusanku.
Oct 27, 2003. BZ beeeeeeeeeee................
Busy.. sungguh2 busy. BTW, alhamdulillah..procedure yg aku kena lalui itu selamat semuanya. According to
the doctor, everything is normal. Alhamdulillah.. sekarang aku tak ler nak berfikir yg bukan2 lagi... Kalu dulu selalu
fikir, nanti sapa nak jaga anak2 aku.
Hari Sabtu, busy buat grocery. Shopping. Beli luggage.. dan beberapa benda. Petang pulak pegi
rumah Isna, ada birthday party Shihan. Malam tu dia ajak makan/dinner di rumah dia. Dia buat blue
fish bakar. Balik dari rumah Isna, abang dah siap mengatur menu utk esok. Nak buat ikan bakar juga. So pagi2
ahad aku dah siap buat bahan marinade utk ikan. Buat air asam utk cicah.. Uih.. kecur air liur.. maklumlah ari nih first
day puasa. Malam pulak ada org teringin nak makan gulai tulang.. pukul 11 malam buat gulai tulang. LEpas tu kira
bersahur dgn gulai tulang lah. Ari nih, since ada kelas sampai petang, lepas tu pulak nak pegi International Festival,
kira makan gulai tulang lah utk berbuka nanti. Aku tak kisah sgt utk berbuka.. pizza is my favorite food. So aku
suka makan pizza.. tak der nasi pun tak apa. Tapi ada org yg hanya bergantung pada nasi, tu yg kena masak nasi jugak
tu. :)
Amanda pagi2 lagi, celik2 mata tanya, how many more days left b4 you go to miami... Laaa.. ni yg buat aku sayu
nih.. dah lah nak tinggalkan abah dia dibulan puasa... nak buat macam mana... ini lah yg dinamakan woman and career.
Oct 17, 2003 : Nak pegi ke bulan...
Minggu ni aku jadi misserable... 3 hari tak pegi sekolah. Mon-Wed. Sebab 3 hari amanda tak
sekolah. Kena poison ivy. Kesian pulak nak suruh dia pegi sekolah sebab muka jadi bengkak di sebabkan patch2 poison
ivy tu. Patch tu lebih kurang cam penyakit 'sopak garam'. Ini istilah org kedah, istilah lain aku tak tau.
Bawak pegi jumpa doktor. So lega lah gatal2 dan bengkak2 muka cuma tinggal parut bekas dia garu.
Dlm keadaan misserable aku isi borang permohonan menjadi angkasawan negara. Ha..ha.. jangan
gelak. Aku pun tak tau kenapa aku isi.. saja2 seronok. Tapi agaknya kalu aku tak ada commitment family sure aku
isi dengan harapan aku terpilih.. ha..ha.. lagi sekali jgn gelakkan aku. Angkasawan Amerika yg mati baru2 nih, yg berasal
dari India tu pun dah berumur 41. Jadi aku masih sempat lagi. Kalu org tua dulu suka beri perumpamaan angan2 yg
tak mungkin tercapai seperti berangan pergi ke bulan, tapi sekarang angan2 itu mungkin jadi nyata.
Tapi sebenarnya takut juga aku rasa kalau aku benar2 akan pergi ke bulan. Aku dapat bayangkan
perasaan tu mesti lebih cemas dari berada di atas pelantar minyak. Dulu semasa aku ke pelantar minyak, almost every
week. Every week lah aku tidur tak lena. Bukan apa, selalu sangat emergency kena pegi beratus dekat emergency
capsule apabila berlaku kebocoran hydrocarbon.
Aku rasa cemas berada di dlm roket mesti rasa seperti berada di dalam bom. Any second it can
explode... Kalu dekat platform boleh terjun ke laut, tapi dlm roket, nak terjun ke mana?
Melalut pulak ari nih... pasal 'project', kena postpone dulu. Next week ada appt dgn doctor
for colonoscopy. The procedure won't be done if the doctor found out you're pregnant. So rasanya tak sempat nak
catch up July baby. Tapi kalu dah August baby, sibuk lah aku, semester Fall dah start. Tu yg kena fikir
balik nih. Abg kata, let it naturally happen... lepas tu kita arrange apa yg patut. Aku ni jenis org yg suka planning.
Fikir and plan awal2. Entahlah, malas nak fikir... maybe aku ikut ajer suggestion abang.
Dua minggu lagi aku kena ke Miami.. 4 days conference. Travel luggage tak beli lagi.
Yg ada tu dah roda dia dah tak berapa kuat. Boleh ler kalu nak bawak pegi travel dgn kereta. Tapi kalu pegi travel
dgn flight nih, silap seret tercabut pulak roda tu... nak pegi shopping pun tak sempat. Ada hati nak berangan pegi
ke bulan... :)
Oct 8, 2003 Peperiksaan...
Exam yg satu, on Monday dah selesai. Biochemical Engineering. Soalan okler, closed to h/work problem.
Esok ada satu lagi. Mathematical Method for Chemical Engineers. Kat rumah bertambah ahli. Ada tetamu.
Sepupu yg nak balik mesia on Sunday dtg tumpang duduk di rumah. Tak apa lah, nak buat cam mana, aku selalu diuji begini.
Ni kena balik awal ari nih. Fridge tu kosong. Sejak dua menjak ni sibuk, tak pegi beli groceries.
Kesian pulak, nanti tetamu nak makan apa. Ok, jumpa lagi.
Projek??? Mulanya cam nak jadi.. pas tu cam tak dpt approve jer. Tunggu dua tiga hari lagi. Kalu tak
jadi tak pa, maybe nak join geng july sama cam kak long dan abah....
Oct 5, 2003 Sibuk!!!
Dari minggu lepas, hidup aku sibuk memanjang. Aku rasa nak lari saja, nak pegi satu pulau yg bebas dari tanggungjawap...
kena submit dua homework. Kena jugak buat research, nanti bila meeting aku nak citer apa. Pas tu minggu depan
aku ada dua exams. Satu Monday, which is esok, satu lagi Thursday. Aku pegang kata2 abg, buat aku semangat sikit
nak study. "Kalu dah lepas qualifier exams yg cover sumer2 tu, nanti bila midterm exam kira kacang lerrr.." He..he..
kacang tak kacang pokoknya kena study. Kalu tak study, kacang boleh jadi peanut butter. Lembik!!!
Oct 1, 2003 Beli lagi...
Tadi pegi Walmart, beli lagi HPT. :) :) Dah habis tiga ditest pakai. Sumer negative,
tapi rasanya negative tu sebab masih terlalu awal. :). InsyaAllah esok nak test lagi. Beli dua tadi, kalu negative
jugak esok, tunggu sampai AF lewat dulu baru buat the second test...
Sabar.. sabar..
Hujung bulan ni perlu ke Miami. Ada workshop. Wajib hadir. Semalam citer ler dekat
kakak, tak sangka pulak dia nak nangis sampai teruk sekali. Aku pun sibuk ler pujuk, nanti kita pegi sama2. Tapi
still nangis jugak. Dulu depa dah pernah kena tinggal, last two years aku pegi Cincinnati 2 hari 1 malam.
Buat presentation. Tapi kali ni, nampaknya lebih lama. Maybe from Oct 30 - Nov 2. Kesian pulak rasanya.
Tapi kalu nak angkut semua pergi bukan senang. Dah lah kena ari abg dan anak2 sekolah, pas tu jauh lak tu.
Kalu nak drive pun mau 20++ hr. Kalu nak fly, rugi pulak rasanya spend on the flight tickets for 3 of them.
Sebab maybe aku pun tak dak masa free byk sgt. So ni dok tengah cari idea ler ni, nak pujuk dia nih.. Maybe kalau mommy
promise nak beli teddy bear dari Miami, she will let me go. Macam2 peel. Ni baru dua org... :)
Sept 25, 2003. Tertungu-tunggu...
Cakap pasal tertunggu-tunggu nih, kami sekeluarga dah excited! Dah tak sabar nak tunggu....Padahal masih awal nak
test. Kena tunggu seminggu lebih lagi, baru boleh test. :) Tapi aku pagi tadi dah tak sabar. Sia2
jer buat test kalu yer pun pregnant, manalah hormon tu nak keluar lagi utk kasi positive result. Kalu yer pun ada tak
cukup nak detect walaupun aku beli pregnancy test yg boleh detect 4 days earlier.
Since last month dah start ambil prenatal pil as per advised by my doctor. Hureen tengok mommy ambil ubat
tu, bersorak seronok dia. Faris pulak suruh makan byk2 supaya baby cepat keluar. Kelakar..kelakar. Sure
diorg ingat sampai besar.. mommy cakap kalu nak ada baby dlm perut, kena doa byk2 dan makan ubat baby. Lepas tu Allah
bubuh baby dlm perut... he..he..he... pandai tak mommy dia kelentong! Dah asyik tanya sangat... cam mana nak cakap benda
betul, umur diorg tak cukup lagi....
Sept 19, 2003 Hurricane Isabel
Hari ni tertunggu2 ler impact hurricane isabel seperti yg di gembar gemburkan oleh media. Alhamdulillah..
tak ler teruk sgt. Tak der pun hujan lebat yg tak berhenti2. Takder pun flooding yg teruk. Dekat virginia
pun cam tu gak, tak ler teruk sgt. Tapi still ada gak org yg mati. Walaupun residence daerah situ dinasihatkan
supaya evacuate the area, ada gak yg degil. Org US nih, susah nak faham. Kebanyakan mereka very concern about
safety. Tapi ada gak segelintir yg very adventureous, jadi storm catcher. Hobby. Heran...heran..
Sept 17, 2003
Assalamulaikum...
Dah lama tak update. Sibuk. Sibuk pegi jalan2, sibuk masak, sibuk buat homework. Sibuk layan family.
Ni nak buat clarification sikit. Sebenarnya ari tu dah tulis (update) tapi network buat hal, tup2 tak leh publish.
Since kena tulis kali kedua, terus batal niat nak update sebab terpaksa curi2 masa. Hari ni baru ada chance sikit.
Ini pun belum siap homework esok nak antar. He..he.. Dekat US nih, buat PhD. pun kena ambil class jugak.
Tapi number of credit hours tu depends on buat master kat mana. Kalu ikut policy my univ, kalau buat master tempat lain,
kena ambil 36 credit hours + research. Kalau buat master di sini jugak (macam my case), cuma ambil 12 credit hours +
research. (Rasanya kalu buat phd di UK tak yah ambil class. Cuma buat research jer.)
Research pulak ada bebarapa
stage.
- Written proposal
- Proposal defense (presentation)
- Written Original Research Proposal (ORP)
- Original research proposal defense (presentation)
- Committee member update (presentation)
- Dissertation (final written thesis)
- Final Defense
Case aku pulak, dalam hal research meresearch nih, baru nak start. Selalu org buat written proposal after 1yr ++
of research. Aku baru start research. Baru dok kumpul literature survey. Cari equipment. Lambat lagi..
Tak pa.. pelan2. Slow and steady kata org.
Sekarang berbalik kepada clarification. Mulanya malu nak tulis terang2. Since dah ramai salah faham.
Tak pa lah, let me explain. Sebenarnya. Belum ada lagi. First stage yg di maksudkan tu ialah, remove iud.
So sekarang tunggu ler. Iud dah removed, kalu ada rezeki, tunggu bulan depan... (tak sabar rasanya). Sebenarnya
kata doktor seeloknya tunggu dulu dua purnama. Tapi kitorang dah excited. Lagi pulak pun due date kena plan betul2
supaya waktu summer. Tak lah sibuk sgt. Kalu tunggu dua bulan lagi, due date kena the beginning of fall.
Tapi itu semua, kita yg rancang, Allah yg menentukan. Itulah citer sebenarnya...
Sept 8, 2003: Memperbanyakkan
umat Nabi* Muhammad*
Stage pertama sudah
dilaksanakan. Cuma dinasihati doktor, wait for another 2 cycles for it to heal
and get back to normal condition. Selepas ini, hanya tunggu ketentuan Allah. Semoga segala urusan ku dipermudahkan.
Last weekend
ada gathering dgn Malaysian Student (yg lain tu sumer cha ya nun alif, kami 4 beranak ni jer yg mmelayu
), utk pilih ajk baru. Entah macam mana budak-budak ni gatai tangan pilih aku
jadi seksitary pulak. Kalu tolak, nanti org kata tak sporting lak, terima jer
lah.
Yg paling best
masa gathering tu, is the first time for me trying my new digital camera. Canon*
A70. Ok ler gambar dia, 3.2 mp. Aku
suka camera ni, kecik, genit gitur. Tapi CF card yg dia kasi tu kecik sgt, cuma
muat 16 mb jer, kena cari yg besar sikit capacity dia.
Sekarang ni
abg dok tengah mengamuk beli brg elektronik. Lepas order Canon* tu, dia order
laptop pulak. Murah kata dia, tak dpt nak resist that bargain price. Beli bang, jgn tak beli.
Sept 4, 2003: Masuk kandang kambing mengembek ...
Memang betul pepatah orang tua-tua. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu kena buat bunyi mooooohhh. Bangsa menunjukkan bangsa. Aku berbangga
berbangsa Mmelayu dari Maalaysia. Nama orang mmelayu cukup bagus dimata kawan2
(bangsa lain) yg aku termui di sini. Lemah lembut kata mereka. Aku bangga. Aku tak tahulah di tempat lain. Aku selalunya tercampak di negeri org yg tak ramai org mmelayu. Aku
harap di tempat yg ramai mmelayu pun, org2 mmelayu dpt menjaga adap mereka. Macam
ibu bapa kita pesan ler kalu pegi rumah org tu, buat perangai baik2. Kat rumah
tak apa lah nak buat perangai pun. :)
Sebenarnya aku nak citer pengalaman
aku dgn mamat dari negara Ixxxx sorang nih. Dia budak baru datang dari negara
dia. Masih terbawa2 perangai yg aku rasa dipraktikkan di sana. Dan mungkin dia bukan pandai mengembek di kandang kambing.
Lepas kelas tadi, aku ke depan kelas utk berjumpa dgn prof. Ada perkara
yg nak di betulkan. Aku menunggu giliran sebab ada seorg pelajar Cxxxx sedang
berbincang dgn dia. Tiba2 dtg mamat yg tak pandai mengembek nih.. terus pergi
berdiri di sebelah prof. Aku yg sekarang ni cepat sedikit panas hati dari hari2
biasa di dlm bulan ni, terus sound dia.
Are you going to see
him? Yg bermaksud = you have to wait for your turn!!!
"I
just want to ask him this".
Dlm
hati aku = Oit!!! Ko ingat aku dok tunggu nak ajak dia pegi lunch ker????
Lepas
Cxxxx ni sudah, dia cepat2 tanya prof. Tinggal aku terpinga2. Dgn rasa tak puas hati. Aku cukup geram dgn
org yg tak bertamadun cam tu! Aku plan esok kalu aku jumpa dia, aku nak nasihat dia dgn lembut, nak let him know how
one should behave in this country (and anywhere else)! Itupun kalu aku belum 'sejuk' lagi ...
Sept 2, 2003
Faris first day of school.
Pagi2 lagi dah nangis. Bukan nangis tak nak pegi sekolah, tapi nangis sebab "I'm shy!!!".
Laaaa.... tak sangka lah pulak dia ni nak shy, selalunya senang sgt apa2 pun. Nak suruh mommy pi sekolah sama.
Tunggu dia dlm class. Tapi tak nak mommy hantar dgn keter. Nak naik bus dgn kakak. Mommy pegi dengan keter
lepas tu tunggu dia kat class dia. Byk songeh ler pulak! Bila dah keluar kat bus stop, tengok ramai kawan2 tunggu
bus, dia dah lupa pasal 'shy' tu. Dah lupa nak suruh mommy tunggu dlm class. Alhamdulillah..selesai satu episode.
Weekend pegi Six Flags on Saturday. Seronok sangat! Puas hati bawak anak2. Sporting
betul diorg. Tak takut dan tak letih pulak tu. Kitorang pegi pagi sampai ler gate tutup pukul 10 pm! Faris
lak, nak naik ride yg besar2 jer.. yg kecik tak nak naik, it's only for babies kata dia. Perasan betul padahal height
dia tak cukup lagi nak naik yg besar2 tuh.
We had a lot of fun!!!
August 22, 2003
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah... terimakasih.. hanya dengan kehendak Allah aku lulus.... Lega.
Aku sudah lulus phd qualifying exam yg sungguh menakutkan aku tu! Berbulan2 aku suffer. Suffer nak study balik
sumer2 yg aku dah tinggalkan hampir 10 yrs. Suffer terpaksa bagi masa dengan anak2 dan kerja rumah... tetapi di saat2
aku dekat menduduki peperiksaan. Tugas2 aku telah di ambil alih sepenuhnya oleh Abang. Aku bersyukur... sungguh
bersyukur. Kejayaan aku bukan kejayaan aku seorg... kejayaan abang yg banyak berkorban.. dan juga kejayaan anak2 yg
juga banyak berkorban (tunggu mommy habis exam baru boleh main dgn mommy).
Kekadang aku rasa ingin menulis buku.. menceritakan pengalaman aku yg bagi aku, aku rasa sungguh mencabar. Terimakasih
juga kepada mak, ayah, cek (ibu mertua ku) dan juga kawan2 yg turut berdoa untuk aku. Juga terimakasih kepada advisor
aku yg juga banyak berkorban. Aku dah tinggalkan research aku beberapa bulan semata2 utk menumpukan perhatian kepada
study aku. Aku rasa dia juga salah seorg yang paling gembira dgn kejayaan aku. Dia lah yg mula2 memberitahu berita
gembira itu, sebelum surat rasmi dari department sampai ke tangan aku. Dia tahu susah payah aku. Masih terngiang
kata2 advisor aku "You should be proud of yourself!"
InsyaAllah.. esok kami akan adakan sedikit kenduri kesyukuran untuk kengkawan aku di sini. Menu: Nasi daging ala
briani, ayam panggang/percik (barbeque di park), middle eastern salad, baked potato, bingka ambon, puding laici.
Malam ni aku tidur lena...
Aug 21, 2003
Last week Thursday and Friday (Aug 14-15) sibuk dengan exam phd qualifier. (Aku tak ambil summer
class... sebab dok sibut buat preparation). This week monday dah start class utk fall semester. Aku ada rehat
2 ari jer. Rasa cam too bad to be true. This week lak, tunas aku dua org tu tak start class lagi. Amanda
start class next week. Faris lak (his first day at elementary school - kindergarten) class dia start a week after Amanda.
This week memang hectic for us. Aku dgn abg gilir2 jaga depa.. gilir2 pegi class. Sabar jer lah..
Tiket utk ke seaworld ohio.. sekarang ni dah six flags beli.. jadi Six Flags Ohio dan sampai kelmarin.
Beli online. Kami pegi on labor day weekend. InsyaAllah Aug 30 nih. He..he.. tak sabar rasanya.. mommy lebih
tak sabar dari anak2... he..he..he.. Dulu last time pegi Amusement park masa undergrad ... pegi Cider Point kat
Sandusky. Masa tu rasa itulah the first and the last rides for me. Tapi ni bila dah ada anak2 depa
pulak sibuk nak naik. Tak sure lagi, nak naik ride ker tak nih. Tapi maybe naik yg kecik2 jer lah dgn anak2.
Dah tak berani naik yg besar2 tu. Eeeee...ngeri... because I'm scared of height!